• Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cik Yam

Drive to Singapore

Masuk Singapura Dengan Kereta Persendirian

2 April 2019 by Cik Yam 1 Comment

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?

Entri kali ini Cik Yam nak kongsi pengalaman memandu sendiri untuk masuk ke Singapore. Mana yang pernah atau dah biasa masuk dengan kereta, boleh skip. Hahaha…

Minggu lepas masa cuti sekolah seminggu tu, Cik Yam tak lepaskan peluang untuk bercuti ke Legoland bersama anak-anak. Cik Yam ni jarang dapat masa nak bawak anak-anak bercuti. Bila ada peluang, kita jalann..! Tapi Cik Yam bukan nak cerita pasal Legoland ye.

Hari Sabtu sebelum balik ke KL, Cik Yam cadang nak masuk ke Singapore dengan kereta. Passport memang dah bawak siap-siap, tapi tak confirm pun nak pegi ke tak. Kalau mood ok, jalan. Tak ok, balik. So kiranya mood ok lah ni ceritanya. Kihkihkih…

Lepas check-out dari Medini, Johor Bharu, Cik Yam memandu ke arah Tuas Checkpoint. Tuas lebih dekat berbanding Woodland. Cuma 18km je ke Tuas melalui Link Kedua.

Tips : Sila tukar siap-siap duit Singapore Dollar (SGD) sekurang-kurangnya SGD20 untuk beli AutoPass.

Cik Yam jadi cuak sikit sebab selalu orang cakap nak masuk Singapore ni strict. Dulu pernah masuk dengan family, masa tu ikut Woodlands. Memang strict namatey! Habis dia check kereta sampai kena keluarkan tayar spare kat bonet. Dah la masa tu kami berkejaran sebab ada kematian ahli keluarga.

Tapi alhamdulillah kali ni mudah sangat!

Sampai je Imigresen Malaysia di Tanjung Kupang, kereta beratur macam biasa. Kena bagi semua passport dan diorang nak tengok muka masing-masing. Masa ni cuma pemeriksaan passport je.Selepas tu boleh teruskan perjalanan ke Imigresen Singapore di Tuas. Lebih kurang 10-15 minit perjalanan.

Tips : Wajib ada pen untuk isi White Card

Sesampai di Tuas, pegawai Imigresen Singapore akan minta kita buka bonet dan but depan. Dia check biasa-biasa je, then terus ke kaunter. Di sinilah korang kena isi White Card. Kalau korang pergi ramai, bawak pen lebih sikit. Cepat siap. Hihihi.

Tips : bawa salinan insurans kereta atau snap gambar roadtax pada kereta.

Settle bab passport, jalan terus dan berhenti di lane sebelah kiri untuk membeli AutoPass. Sebenarnya AutoPass ni macam kad Touch N Go kat Malaysia ni je. Pastikan insurans dan road tax kereta tu hidup ye. Kalau tak memang tak dapat lah nak masuk. Isi borang, bawa ke kaunter berserta duit SGD20 dan juga gambar roadtax. Tak perlu la cabut roadtax tu, jenuh nak tampal balik nanti!

Dalam kad AutoPass tu ada SGD14.00. Harga kad tu SGD6.00. AutoPass ni digunakan untuk membayar ERP, MRT dan juga parking. ERP ni macam cukai yang dikenakan kepada semua kenderaan darat tak kira kereta Singapore atau dari luar. Caj yang dikenakan pada hujung minggu adalah SGD5 sehari. Kalau hari biasa, caj mengikut waktu tertentu sahaja iaitu pada waktu puncak.

Sempat jugak Cik Yam berbual dengan pegawai Imigresen Singapore tu, apa tujuan ERP ni? Rupanya ERP ni nak elak banyak kereta masuk di kawasan yang berkenaan. Kawasan yang ada ERP ni mostly tengah-tengah bandar je. Dengan cara ni, kesesakan lalulintas dapat dikurangkan!

Selesai semuanya, Cik Yam terus memandu ke pusat bandar. Agak teruja dengan sistem jalanraya diorang. Hari Sabtu, tapi tak sesak sangat. Tenang je memandu. Sempatlah Cik Yam ke Kampung Glam, kat situ ada Malay Heritage Centre, Masjid Sultan dan restoren murtabak Singapore yang fofular tu… Restoren Zam Zam dan Restoren Victory. Masa parking dekat area sini, tak guna AutoPass ye. Area ni guna sistem kupon atau bayar melalui Apps SG Parking. Sama macam entri Cik Yam yang lepas pasal Apps JomParking tu.

Lepas tu jalan-jalan jap di Merlion Park. Saje konon-konon nak bergambar dengan Singa besar tu, sekali tutup pulakk…tengah dalam proses selenggara. Kat sini bayar parking guna AutoPass tau. Haaa…pada yang tak tahu, patung Singa tu adalah gabungan kepala singa dan badan ikan duyung (mermaid). Nama Merlion tu datang dari mermaid+lion, jadilah Merlion! Giteww…

Ehhh…macam dah terlajak pulak ceritanya. Ok kita sambung bila nak keluar dari Singapore pulak. Sama jugak, Cik Yam keluar melalui Tuas Checkpoint.

Masa ni takde dah check2 kereta semua tu. Lalu terus ke kaunter bersama passport. Kemudian masukkan kad AutoPass ke slot yang disediakan. Masa ni lah bayaran keluar dari Singapore dikenakan sebanyak SGD6.40 dan juga ERP SGD5.00 tadi. So, kalau tak banyak bayar parking, baki SGD14.00 tadi mula-mula tu dah cukup. Tak perlu tambah nilai pun takpe.

Tips : Pastikan baki AutoPass mencukupi. Boleh tambah nilai di mana-mana 7-11.

Sebenarnya mudah je kan? Cuma kalau first time tu memang kalut dan cuak sikit la kot. Syukur dapat pegawai2 imigresen yang sangat peramah dan membantu. Ade sesetengah tu muka ketat jer, kita pun jadi tambah cuak. Hehehe…

Tapi….. lepas keluar je dari Tuas Checkpoint, memang umpama mimpi ngeri buat Cik Yam. Sangkut dalam kesesakan selama hampir 2 jam!! Yer 2 jam…. Mungkin waktu tu ramai orang Johor yang bekerja di Singapore nak balik rumah, tambah pulak rakyat Singapore yang nak berhujung minggu di Malaysia.

Macam nak nangis rasa. Padahal dekat je pun, kalau tak jem, 10-15 minit boleh sampai. Terus rasa menyesal pulak. Hahahahah! Masa tu lebih kurang pukul 6.00 petang. So, sebagai peringatan, lain kali jangan keluar masa ni. Biar awal lagi atau keluar malam.

Dah itu je yang Cik Yam nak kongsi. Lepas ni dah tau la camne nak drive terus ke Singapore. Pengangkutan awam pun ok je sebenarnya, cuma bila memandu sendiri ni senang nak kesana-kesini-kesinun…

Ok bye!

Filed Under: Pengalaman, Travel, Umum Tagged With: Drive to Singapore, Memandu ke Singapura

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Masuk Singapura Dengan Kereta Persendirian
  • ReViu: Nasi 3 Budak Gemok
  • Dream Cruise – Pelayaran Impian
  • Anda penggemar kopi?
  • Tips menghias ruang dapur yang kecil

Recent Comments

  • meso on Masuk Singapura Dengan Kereta Persendirian
  • Cik Yam on Aplikasi Jom Parking – Cara Mudah Bayar Parkir
  • Cik Yam on Kedai Pakaian Buat Wanita Plus Size
  • Cik Yam on Kedai Pakaian Buat Wanita Plus Size
  • AZNEEN YAHYA on Kedai Pakaian Buat Wanita Plus Size

Archives

  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Dekorasi
  • Foodlover
  • Info menarik
  • Info menarik
  • Matlamat
  • Pengalaman
  • Review
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cik Yam on the Foodie Pro Theme