• Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cik Yam

Foodlover

ReViu: Nasi 3 Budak Gemok

1 April 2019 by Cik Yam Leave a Comment

Mendengar sahaja nama makanan ini, mungkin ada yang sudah terbayang tentang lauk ayam kicap dan sambal gesek yang kini semakin viral. Ayam yang dipotong kecil, digoreng dan dimasak kicap, cukup rasa manis masinnya. Disertakan pula sambal gesek, pedasnya sesedap rasa. Tidak terlalu pedas untuk dimakan bersama ulam timun Jepun, memang terangkat! Buat anda penggemar makanan yang simple tetapi bukan fast food, wajib cuba!

Nama 3 Budak Gemok ini adalah bermula dari 3 orang anak muda yang memulakan perniagaan nasik panas ayam kicap dan sambal gesek ini ibarat nasi orang bujang. Namun, ianya semakin dikenali kerana masakannya yang simple dan mungkin juga kerana namanya yang menarik perhatian.

Gerai 3 Budak Gemok yang pertama adalah di Wangsa Maju, Seksyen 10. Kemudian mereka membuka beberapa lagi cawangan di sekitar Lembah Klang seperti di The H, Desa Seri Hartamas, Uptown Kota Damansara, RockCafe Sunway, Bangsar South, Kilang Kitchen Setapak, Anjung 7 Shah Alam dan yang terkini di Mancave Selayang.

Waktu perniagaan mengikut cawangan. Ada yang bermula dari jam 12 tengah hari, ada yang dari jam 4 petang, dan ada juga dari jam 6 petang. Anda boleh dapatkan info di laman sosial media mereka, Tiga Budak Gemok di Facebook dan Instagram.

Nasi 3 Budak Gemok ini juga boleh didapati melalui penghantaran terus dari stall atau melalui khidmat BungkusIt. Jadi, jika anda tidak berkesempatan untuk beratur panjang, boleh lah membuat pesanan. Bayar saja caj penghantaran, Nasik 3 Budak Gemok akan sampai kepada anda.

Secara peribadi, Cik Yam bagi 5 bintang! Pada Cik Yam makanan ini mudah dan sedap. Harganya juga berpatutan dengan portion makanan yang disediakan. RM8 untuk semangkuk nasi, ayam kicap, ulam dan sambal gesek. Memang terbaik!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom makan! Kalau nak makan tu ingat-ingat Cik Yam sekali ok? Daa…

Filed Under: Foodlover, Review, Umum Tagged With: 3 budak gemok, ayam kicap sambal gesek, nasik 3 budak gemok

Anda penggemar kopi?

26 March 2019 by Cik Yam Leave a Comment

coffee-seeds

Sedari dulu sememangnya kopi menjadi minuman kegemaran ramai. Walau disogok pelbagai yang negatif tentang kopi, namun penggemarnya tidak mudah meninggalkan kopi bergitu saja. Sama macam Cik Yam, tapi tidaklah sampai ketagihan. Sekarang semakin banyak kedai-kedai kopi yang di buka secara francais, tak kurang juga kedai-kedai kopi hipster yang semakin banyak dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Tapi ini bukan yang Cik Yam nak cerita untuk entri kali ini. Cik Yam sekadar nak berkongsi antara kopi-kopi yang selalu terdapat di kedai-kedai kopi moden mahupun kopitiam. Kopi-kopi ini boleh dikatakan antara yang menjadi favourites di kalangan rakyat Malaysia.

coffee-types


Espresso – Kopi ini boleh dianggap sebagai ibu kepada jenis-jenis kopi yang lain. Pada penggemar kopi yang ekstrim, semestinya kopi Espresso memberikan kepuasan sebenar. Kalau yang tak biasa, jangan terkejut kalau Espresso ini datang dalam gelas yang kecil. Ianya umpama pati kopi, diminum sedikit demi sedikit tanpa campuran gula mahupun susu.

Americano – Kopi ini dalam bahasa mudahnya adalah kopi ‘O’. Kandungan kopi espresso dicampur air. Kalau tak tahan pahit, tambahlah gula. Barulah ummphh!

Macchiato – Ini kopi yang terpaling Cik Yam gemari. Gabungan kopi espresso dan bebuih susu sememangnya memberikan ketenangan. ‘Double shot’ espresso untuk Cik Yam, ditambah pula dengan karamel…nikmat!

Mocha – Kopi ini adalah campuran coklat dan susu untuk penggemar kopi yang manis. Sirap coklat, kopi dan susu digabungkan untuk menghasilkan rasa kopi yang tidak terlalu keras.

types-of-coffee

Okay, cukup antara kopi-kopi kegemaran Cik Yam. Ada banyak lagi jenis kopi dari seluruh pelusuk dunia. Setiap kopi dari negara-negara yang berlainan semestinya membawa rasa kopi yang berbeza. Nanti ada masa Cik Yam kongsi tentang jenis-jenis biji kopi pulak ya!

Filed Under: Foodlover, Info menarik, Umum Tagged With: jenis kopi, kopi

Semanis Secawan Jagung

19 March 2019 by Cik Yam 2 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ni nak tanya sikit. Siapa yang macam Cik Yam? Bila jalan-jalan dekat shopping mall mahupun pasar malam tu semerbak harum benda ni, terus je cari gerai yang menjual. Apa lagi kalau bukan aroma jagung kukus atau kita selalu panggil sweet corn cup. 

Rasa jagungnya yang manis, ditambah pulak dengan rasa lemak masin majerin, ada juga yang letak sekali susu pekat manis. Aduiii…terliur dibuatnya! Tapi kan, selalu Cik Yam macam tak puas beli 1 cawan tu tau. Kalau beli banyak-banyak nanti hilang pulak kemanisan Cik Yam. Kih kih kih.

Jadinya, kalau teringin nak makan jagung manis, baik kita buat sendiri. Anak-anak Cik Yam pun suka sangat. Senang je nak buat uols.

Bahan-bahan dan perkakasan yg perlu ada:

– Jagung manis sejuk beku

– Majerin

– Garam

– Susu pekat manis

– Periuk pengukus

Cara-caranya:

Letakkan air pada periuk bawah. Kemudian masukkan butiran jagung sejuk beku kedalam periuk pengukus. Masak atas dapur dengan api sederhana selama lebih kurang 10 minit.

Kalau uols tak ada pengukus tu guna periuk biasa pun boleh, letakkan jagung tu dalam mangkuk tapis yang tahan panas. Lapiskan atas periuk yang berisi air di bawahnya. Nak mudah, guna je periuk nasi. Kan ada sekali mangkuk utk kukus tu kan? Nak terpaling mudah, pakai food steamer elektrik tu jer.

Sweet corn

Bila jagung dah masak, letakkan jagung kedalam mangkuk. Masukkan majerin, secubit garam dan kacau rata ketika masih panas. Untuk tambahan rasa, masukkan susu pekat manis. Jangan banyak sangat tau, potong kaki nanti.

Mudah kan? Bukan apa, buat sendiri boleh makan ulang-ulang. Sebaiknya gaul jagung dengan bahan-bahan yang lain tu ikut berapa banyak kita nak makan. Kalau gaul sekaligus tapi tak habis, nanti tak sedap kalau dibiar untuk makan kemudian. Kalau inginkan kelainan rasa, boleh taburkan keju atau chocolate rice. Asyik…!

Kepada yang tak tahu, jagung ni ada banyak khasiat seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi. Nanti Cik Yam bebel pasal kebaikan jagung pulak ye.

Selamat mencuba!

Filed Under: Foodlover, Umum Tagged With: jagung, jagung kukus, resepi mudah, Sweetcorn

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Masuk Singapura Dengan Kereta Persendirian
  • ReViu: Nasi 3 Budak Gemok
  • Dream Cruise – Pelayaran Impian
  • Anda penggemar kopi?
  • Tips menghias ruang dapur yang kecil

Recent Comments

  • meso on Masuk Singapura Dengan Kereta Persendirian
  • Cik Yam on Aplikasi Jom Parking – Cara Mudah Bayar Parkir
  • Cik Yam on Kedai Pakaian Buat Wanita Plus Size
  • Cik Yam on Kedai Pakaian Buat Wanita Plus Size
  • AZNEEN YAHYA on Kedai Pakaian Buat Wanita Plus Size

Archives

  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Dekorasi
  • Foodlover
  • Info menarik
  • Info menarik
  • Matlamat
  • Pengalaman
  • Review
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cik Yam on the Foodie Pro Theme